Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tempat letak kereta tiada lampu?

    Ketika sedang bersiar-siar membawa keluarga ke salah sebuah pusat membeli- belah di Beribi, saya dapati bahawa kawasan tempat letak kereta begitu gelap.

    Memang saya akui tempat tersebut telah menyediakan kemudahan lampu termasuk ruang letak kereta untuk keselesaan para pengguna.

    Akan tetapi timbul persoalan saya apakah fungsi utama lampu-lampu yang berdiri tegak di kawasan itu tetapi tidak menyala? Adakah ia sebagai hiasan semata-mata? Atau mungkin mengalami kerosakan teknikal?

    Jika ia rosak, kenapa ia tidak diatasi dan diperbaiki dengan segera?

    Namun demikian, timbul juga kemusykilan di mana di kawasan letak kereta bawah tanah tetap meriah disinari dengan cahaya lampu tetapi tidak di luar kawasan letak kereta.

    Apakah kawasan tempat letak kereta yang dilindungi daripada hujan dan panas sahaja yang perlu diberikan perhatian tetapi tidak di kawasan sebaliknya?

    Ini adalah kerana tanpa adanya lampu di tempat letak kereta di kawasan awam pada waktu malam boleh menimbulkan beberapa masalah keselamatan dan keselesaan.

    Antaranya ialah ia boleh menjadi lokasi yang berisiko tinggi berlakunya kejadian kecurian dan jenayah lain.

    Tambahan lagi kawasan yang gelap akan menyukarkan pengawasan dan boleh menjadi tempat perlindungan bagi pelaku jenayah.

    Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan risiko kemalangan kepada pengguna, terutama jika ada halangan atau lopak di kawasan letak kereta tersebut.

    Pengunjung mungkin sukar melihat dan mengelak daripada melanggar lopak atau mengelak sebarang halangan.

    Manakala anjing-anjing liar yang berkeliaran dalam suasana gelap turut memburukkan lagi keadaan di persekitaran letak kereta pusat beli-belah berkenaan.

    Justeru, tempat letak kereta yang terang-benderang akan dapat memastikan pengguna berada dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat.

    Sedikit cadangan, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu boleh mengambil langkah alternatif misalnya menggunakan lampu teknologi suria untuk menerangkan kawasan tempat letak kereta.

    Lee Yau

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...