Thursday, November 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Tempat pemujaan dirobohkan

    TUTONG, 2000 – Pegawai dari Unit Akidah dan Syari’ah Kementerian Hal Ehwal Ugama merobohkan sebuah pondok yang dipercayai digunakan sebagai tempat pemujaan di Kuala Sungai Kalit di Kuala Tutong.

    Tempat itu yang disyaki digunakan sebagai tempat pemujaan empat nombor ekor mendapat perhatian pihak berkuasa kerana lokasinya yang terpencil terletak di sebuah pulau bertentangan dengan jeti Kuala Danau.

    Menurut Ketua Kampung Kuala Tutong, beliau dan beberapa penduduk kampung pernah ke situ setelah menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan pemujaan.

    Perkara itu sudah dilaporkan kepada Unit Akidah lalu pegawai dari unit itu membuat pemeriksaan ke tempat itu tetapi didapati tempat pemujaan itu dirobohkan lebih awal.

    Bagaimanapun pondok pemujaan itu didirikan semula dan kegiatan itu didakwa diteruskan sehingga kegiatan itu dikesan oleh orang ramai yang terus membuat pengaduan kepada pihak berkuasa.

    Menurut Pegawai Bahagian Kawalan Akidah, operasi pembersihan kawasan daripada kegiatan pemujaan itu diteruskan bagi menghindarkan umat Islam daripada terpengaruh dengan ajaran sesat.

    Katanya, tempat pemujaan itu dirobohkan kerana ia didirikan di atas tanah milik kerajaan dan khuatir ada orang Islam turut melakukan pemujaan yang boleh memesongkan akidah mereka.

    Beliau menasihatkan umat Islam supaya jangan mudah terpengaruh dengan kegiatan pemujaan untuk apa tujuan sekalipun kerana perbuatan itu pasti menyalahi ajaran agama.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...