Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempoh akhir siasatan Facebook & Twitter

    LONDON, 31 Dis – Media sosial gergasi Facebook dan Twitter sedang menghadapi tempoh akhir di Britain untuk memberikan kerjasama mereka ekoran permintaan terhadap berita palsu semasa kempen referendum Brexit, menurut pengerusi jawatankuasa parlimen kelmarin.

    Kedua-dua syarikat itu diberi tempoh sehingga 18 Januari 2018 untuk berkongsi maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh penggubal undang-undang Britain untuk menyiasat penglibatan Rusia semasa pengundian, menurut Damian Collins, pengerusi di Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan.

    Dia memberitahu AFP yang jawatankuasa dan kerajaan akan menilai tindakan yang boleh diambil sekiranya syarikat teknologi gergasi itu gagal untuk mematuhi permintaan tersebut.

    “Sudah lebih sebulan sejak kami menghendaki maklumat itu daripada Facebook, dan kami perlu mengambil beberapa tindakan.”

    “Mereka mengabaikan permintaan kami untuk sebarang maklumat yang mempunyai kaitan terhadap akaun palsu dan hanya bertindak balas terhadap akaun yang didaftarkan di AS tetapi bukan di sini,” menurut Collins.

    Facebook dan Twitter menghadapi tempoh akhir mereka ekoran permintaan penggubal undang-undang mengenai berita palsu di laman tersebut semasa kempen referendum Brexit. – AFP

    “Kami turut menghadapi isu yang sama dengan Twitter dan kami telah kembali kepada mereka dan memintanya menyiasat secara terperinci,” tambahnya lagi.

    Anggota parlimen Parti Konservatif mengatakan jawatankuasa telah menjelaskan permintaannya itu kepada syarikat-syarikat itu, ketika ia sedang mengkaji pengaruh yang dikenakan semasa referendum 2016 ketika Britain menarik diri dari Kesatuan Eropah.

    “Kami mahu mengetahui apakah kaitan di antara akaun-akaun palsu yang didaftarkan di sini dengan agensi-agensi Rusia,” katanya. “Mereka tidak menjawab pertanyaan kami,” katanya.

    Menurut Collins, adalah “tidak mempercayai” bagi Facebook untuk terus mendapatkan keuntungannya daripada pengiklanan yang menghalang permintaannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda