KUALA LUMPUR, 28 FEB – Tempoh enam bulan di antara April dengan September 2020 yang dicadangkan kerajaan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 adalah memadai berdasarkan jangkaan mengenai penularan COVID-19.
Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Johan Mahmood Merican berkata sebilangan pakar menjangkakan isu COVID-19 akan berakhir menjelang musim panas tahun ini.
“Justeru, kita yakin tempoh enam bulan ini sudah memadai,” katanya dalam program Buletin Bernama Khas: Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang disiarkan Bernama TV semalam. – Bernama