Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempoh enam bulan pakej rangsangan ekonomi memadai

    KUALA LUMPUR, 28 FEB – Tempoh enam bulan di antara April dengan September 2020 yang dicadangkan kerajaan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 adalah memadai berdasarkan jangkaan mengenai penularan COVID-19.

    Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Johan Mahmood Merican berkata sebilangan pakar menjangkakan isu COVID-19 akan berakhir menjelang musim panas tahun ini.

    “Justeru, kita yakin tempoh enam bulan ini sudah memadai,” katanya dalam program Buletin Bernama Khas: Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang disiarkan Bernama TV semalam. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda