Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tempoh pembahagian keuntungan saham bank perlu konsisten

    Dalam ruangan ini, saya ingin merujuk kepada pihak syarikat atau bank yang terlibat dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham dalam bentuk wang tunai.

    Dividen biasanya dibahagikan secara berkala pada setiap tahun.

    Berkaitan dengan keuntungan saham dalam bentuk dividen tunai, saya sebagai salah seorang pemegang saham berpendapat agar pihak-pihak berkenaan akan dapat memastikan pembahagian keuntungan tersebut diberikan pada setiap pertengahan tahun secara konsisten seperti mana yang dilaksanakan tahun-tahun sebelumnya.

    Ini adalah kerana didapati misalnya pada tahun 2022 yang lalu pembahagian keuntungan saham telah berganjak pada penghujung tahun. Justeru sebaiknya-baiknya pembahagian saham bagi tahun 2023 diharap akan dapat dikeluarkan pada pertengahan tahun 2024.

    Begitu juga bagi tahun-tahun berikutnya.

    Menerusi pembahagian tersebut pada pertengahan tahun akan dapat menghindarkan pemegang saham untuk menunggu terlalu lama hingga ke penghujung tahun.

    Selain itu, ia juga dapat dijadikan sebagai penghargaan kepada pemegang saham yang telah berusaha mengeluarkan modal untuk membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat atau bank.

    Pemegang Saham

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    UEFA luluskan Camp Nou untuk perlawanan Liga Juara-Juara

    BARCELONA, 20 NOV – UEFA telah memberi kebenaran kepada...

    Ambil pengajaran daripada peniaga luar

    Berapa minggu lepas, saya berkesempatan untuk mengunjungi sebuah festival...

    Lebih RM1 bilion aset 1MDb dipulangkan kepada Malaysia

    KUALA LUMPUR, 11 NOV - Perdana Menteri Datuk Seri...

    20 pasukan bersaing dalam cabaran pelaburan

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...