Tempoh pembayaran yuran tender

Pada 6 Ogos 2018 lalu, pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah mengeluarkan ‘Kenyataan Tentang Tawaran Khas Bilangan Pendaftaran Kenderaan Frasa Kedua’ bersempena dengan Sambutan Jubli Emas KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, di mana menyatakan di bawah perkara 6 bahawa tender yang berjaya akan dikenakan pembayaran sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Perkara itu membuatkan ramai orang gembira. Walau bagaimanapun, pada 13 Julai tahun ini, pihak JPD telah mengeluarkan surat kepada tender yang berjaya dengan menyatakan bahawa mereka kini perlu membayar yuran tender penuh dalam masa satu bulan.

Oleh yang demikian, adakah tindakan JPD dengan merubah tempoh masa itu, ia tidak akan menjejaskan keupayaan penender untuk membayar yuran tender mereka? Membayar yuran tender sekitar ribuan dolar dalam masa sebulan adalah sesuatu yang tidak dapat difikirkan.

Tempoh enam bulan sebelumnya adalah sesuatu yang lebih diterima. Justeru, bolehkah pihak JPD mempertimbangkan untuk membuat tempoh enam bulan seperti yang dinyatakan sebelum ini? – Anak Watan