Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempoh rundingan pasca-Brexit semakin singkat

    BRUSSELS, 13 OKT – Menteri-menteri Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran hari ini bahawa tempoh perjanjian perdagangan pasca-Brexit dengan London hampir tamat dan berkata mereka tidak akan menolak peraturan persaingan yang adil dan hak perikanan.

    Tiba di Luxembourg untuk pertemuan di mana mereka akan diberi taklimat oleh perunding EU MichelBarnier, para menteri memberi amaran bahawa run-dingan itu berada pada ‘tahap kritikal’.

    “Dan kami sangat tertekan, waktu hampir tamat,” tegas Menteri Jerman bagi hal ehwal Eropah, Michael Roth, dua hari menjelang sidang kemuncak utama EU. Pemimpin EU akan bertemu pada hari Khamis dan Jumaat di Brussels dan juga akan mendengar pendapat dari Barnier, tetapi negara-negara anggota tidak bersedia untuk memberi alasan mengenai tuntutan teras mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda