Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempoh sehingga 7 Nov pertimbangkan pengakuan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Okt – Mahkamah Majistret memberi tempoh sehingga 7 November kepada seorang lelaki yang berdepan tuduhan menceroboh dan merosakkan harta benda untuk mempertimbangkan pengakuannya.

    Tempoh itu diberikan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid terhadap Mek Keng Horng, 21, yang didakwa menceroboh Bangunan Pasar Raya Supa Save, Panaga dan melontar pisau ke arah pintu dan tingkap kaca di beberapa buah kedai di bangunan itu, pada 12 Julai sekitar jam 1:50 pagi.

    Tertuduh diwakili Peguam Syarifah Safina binti Malai Haji Abdul Hamid manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor’ Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda