Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempoh tahanan Nikita dilanjutkan 40 hari lagi

    Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani dan pembantunya, IM, kini berdepan lanjutan tahanan selama 40 hari bermula 24 Mac hingga 2 Mei, susulan siasatan kes ugutan dan pemerasan terhadap seorang usahawan produk penjagaan kulit, Reza Gladys.

    Menurut Ketua Bahagian Humas Polda Metro Jaya, Kombes Ade Ary Syam Indradi, lanjutan itu adalah sebahagian daripada proses siasatan yang masih berjalan.

    Penyiasat masih menjalankan pendalaman kes dan bekerjasama dengan pihak pendakwa raya bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diajukan ke pejabat pendakwaan.

    Memetik laporan Media Hiburan, kes itu bermula apabila Reza Gladys membuat laporan polis pada 3 Disember 2024, mendakwa Nikita dan pembantunya terlibat dalam tindakan mengugut, memeras wang dan juga pengubahan wang haram.

    Dalam laporan tersebut, Reza mendakwa Nikita telah mencemarkan nama baik dirinya serta jenama produk miliknya menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok.

    Jika Nikita dan IM disabitkan kesalahan mereka akan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun. – Tabloid Nyata

    Pada 13 November 2024, Reza cuba menghubungi pihak terlibat melalui pembantu Nikita dengan niat untuk menyelesaikan isu secara baik. Namun begitu, mesej yang diterima dikatakan berbentuk ancaman.

    Berikutan rasa terancam, Reza mengaku telah memindahkan wang sebanyak Rp2 bilion (anggaran RM600,000) ke akaun yang diarahkan. Hanya dua hari kemudian, beliau turut diminta menyerahkan lagi wang tunai sebanyak Rp2 bilion.

    Nikita dan IM kini disiasat di bawah pelbagai seksyen, termasuk Pasal 27B ayat (2) dan Pasal 45 ayat (10) Undang-Undang ITE, Pasal 368 Kanun Keseksaan, serta Pasal 3 dan 4 Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram (TPPU).

    Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

    Kedua-dua suspek telah ditahan secara rasmi pada 4 Mac selepas disoal siasat sebagai tertuduh. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda