Tuesday, November 19, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Temu hadapi pengawasan digital paling ketat EU

    LONDON, 2 JUN – Kesatuan Eropah (EU) berkata pada Jumaat bahawa ia menambah peruncit dalam talian China, Temu ke senarai platform yang menghadapi tahap penelitian digital tertinggi.

    Dengan lebih daripada 45 juta pengguna, Temu dikelaskan sebagai ‘platform dalam talian yang sangat besar’ di bawah Akta Perkhidmatan Digital EU (DSA), iaitu sebuah peraturan yang direka untuk membersihkan platform dalam talian dan memastikan pengguna internet selamat.

    Ini bermakna menjelang September 2024, Temu akan dikehendaki mematuhi peraturan dan kewajipan paling ketat DSA, yang termasuk menilai dan mengurangkan ‘risiko sistemik’.

    “Temu mesti melaksanakan langkah-langkah untuk menangani risiko, seperti penyenaraian dan penjualan barangan tiruan, produk tidak selamat dan item yang melanggar hak harta intelek,” menurut kenyataan akhbar dari Suruhanjaya Eropah, cabang eksekutif blok 27 negara.

    Syarikat itu boleh melakukan ini dengan mengambil langkah seperti mengubah suai antara mukanya untuk pengguna melapor dan megesan peniaga yang mencurigakan dengan lebih baik, menambah baik proses mengalih keluar barang haram dengan pantas, dan memperhalusi algoritmanya untuk menghalang promosi dan penjualan barangan terlarang, kata suruhanjaya itu.

    Temu ‘mengakui’ keputusan suruhanjaya itu dengan berkata, “Kami komited sepenuhnya untuk mematuhi peraturan digariskan oleh DSA untuk memastikan keselamatan, ketelusan dan perlindungan pengguna kami dalam EU.”

    Temu mula memasuki pasaran Barat dalam tempoh dua tahun lalu dan kini menjadi popular dengan menawarkan pelbagai barangan murah yang  dihantar dari China termasuk pakaian hingga produk rumah.- AP

    Paparan pada laman web Temu di New York pada Jun 2023. EU menyenaraikan Temu untuk tahap penelitian digital. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda