ODISHA, 8 MEI – Jurugambar India, Rakesh Mohalick menemui seekor anak ular berkepala dua di hutan Dhenkikot, kawasan perlindungan hidupan liar Keonjhar di Odisha, timur India, baru-baru ini.
Menurut laporan Mirror.co.uk, rakaman ular berkepala dua itu telah menarik perhatian pakar hidupan liar.
“Salah satu daripada dua kepala itu dilihat lebih panjang ke hadapan sedikit dan kedua-duanya bertarung untuk mendapatkan makanan,” jelas Rakesh.
“Kedua-dua kepala ular berkenaan bergerak bebas dan ia akan menjadi cabaran buatnya untuk bertahan lama dalam kehidupan liar,” tambah Rakesh.
Ular sepanjang 14sm itu telah dikenal pasti lalu dinamakan sebagai Ular Serigala serta tidak berbisa. – Agensi
