HEATHER dan Kole Powell menyangka gambar-gambar perkahwinan mereka di pantai California akan hilang selama-lamanya selepas ombak laut menghanyutkan kameranya yang memiliki hampir 200 gambar.
Pasangan itu, yang tinggal di Kentucky, telah berkahwin pada 6 Mei 2017, di Laguna Beach semasa cuaca ribut pada hujung minggu, yang telah menghasilkan ombak besar di sana.
Setelah upacara dimulakan, salah seorang daripada keluarga mereka yang bertanggungjawab untuk mengambil gambar telah meletakkan kameranya di pantai.
Kemeriahan majlis tersebut dengan cepat berubah menjadi sebuah tragedi apabila gelombang laut yang tinggi tiba-tiba menghampiri pantai dan menghanyutkan kamera dan dompet yang berisi telefon bimbit pasangan itu ke laut.
Pasangan pengantin itu pun berlari ke air setinggi lutut untuk mencari kamera mereka, yang berisi ratusan gambar, tapi tidak ada hasilnya.
“Ibu Kole berusaha mencarinya dan semuanya telah hilang ditelan oleh gelombang laut itu,” kata Heather Powell, 21, kepada ABC News. “Kami sangat terkejut.”
Pasangan pengantin ini pun merasa kecewa dengan kejadian tersebut.
“Perasaan hati kami berubah menjadi muram, tapi kami tidak menginginkan hal itu menghancurkan keseluruhan hari tersebut,” kata pengantin wanita itu.
“Kami mencuba melihatnya dengan pemikiran positif.”
Mereka bersyukur bahawa mereka setidaknya masih menyimpan beberapa kenangan melalui gambar-gambar yang diambil melalui jurugambar profesional.
Namun, tiga bulan setelah kejadian tersebut, Heather menerima panggilan dari seorang jurugambar, yang mana berkata bahawa dia telah menemui semula kamera pasangan yang hilang itu. Ia adalah berkat daripada post Powell di halaman Facebooknya mengenai kamera penemuannya beserta gambar yang diambil dengan kamera tersebut.
“Saya sangat terkejut,” kata Heather.
“Saya menghampiri suami saya dan berkata, ‘Oh tuhan, ada seseorang yang telah menemui kamera kami kembali.’”
Pasangan itu dengan cepat menghubungi Nick Reed, orang yang menemui gambar-gambar di dalam kamera di halaman Facebooknya.
Ia mengambil gambar tersebut dari kamera yang dijumpai oleh adik perempuan Nick, Maria Reed sekitar dua bulan setelah pernikahan Powell. Nick kemudian mengirimkan kamera dan kad memori itu kembali ke ke-luarga Powell.
Dia berhasil menyelamatkan 500 gambar yang ada di memori kamera tersebut, termasuk sekitar 200 gambar pernikahan pasangan itu dan juga gambar-gambar lainnya.
“Kami mencuba meyakinkannya untuk mengizinkan kami membayar kos pengiriman, namun dia menolaknya,” kata Heather.
“Kami memberitahu (Nick dan Maria) bahawa jika mereka pergi ke California lagi, kami akan memberikan mereka makan malam percuma dan bertemu dengan mereka untuk mengucapkan terima kasih.”
“Baik suami saya dan saya sungguh terpesona dengan kebaikan mereka. Tidak ada kata-kata yang cukup untuk berterima kasih kepada mereka atas perbuatan mulia mereka ini.” – Agensi