Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Temui sinar Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Seorang anggota bomba telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah dan ikrar pengakuan pengislaman pada majlis pengislaman yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kampung Pulaie, baru-baru ini.

    Dengan majlis pengislaman itu, Ahli Bomba No.1088 Chong Chee Fung kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Dzal Aidi bin Abdullah Chong. Hadir menyaksikan majlis pengislaman tersebut ialah Pegawai Pemerintah Operasi ‘A’, Penguasa Kanan Bomba Noor Aflan bin Awang Kachi dan Ketua Guru Agama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Haji Othman bin Haji Asat serta  pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

    Muhammad Dzal Aidi melafazkan Syahadah dan ikrar pengislaman di hadapan Pegawai Pengislaman PDI, Awang Yusof bin Haji Jeludin.

    Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban oleh pendikir-pendikir dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu berkenaan yang disempurnakan oleh Penguasa Kanan Bomba Noor Aflan.

    Muhammad Dzal Aidi ketika sesi bergambar ramai bersama yang hadir pada majlis tersebut. Gambar oleh JBP.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda