Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ten Hag dapat sokongan padu kelab

    LONDON, 3 SEPT – Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada, menyatakan bahawa Erik ten Hag masih mendapat sokongan padu daripada kelab walaupun permulaan buruk musim Liga Perdana.

    United menamatkan musim lalu di tempat kelapan – yang terburuk sejak 1990 – tetapi Ten Hag membawa pasukannya ke final FA Cup yang tidak dijangka menentang Manchester City.

    Pengurus Belanda itu telah diberikan lanjutan kontrak selama setahun pada bulan Julai tetapi hanya selepas pihak pengurusan kelab mempertimbangkan pilihan lain.

    Kini Ten Hag berada di bawah tekanan semula selepas kekalahan memalukan 3-0 di tempat sendiri kepada Liverpool pada Ahad lalu, kekalahan kedua daripada tiga perlawanan musim itu, yang meninggalkan mereka di tempat ke-14 dalam carta.

    Bercakap bersama pengarah sukan baharu, Dan Ashworth, sebelum mula perlawanan menentang Liverpool, Berrada berkata ia memerlukan lebih daripada beberapa keputusan buruk untuk menggoyahkan kepercayaan kelab terhadap pengurus mereka.

    Kontrak Ten Hag telah dilanjutkan sebelum Berrada atau Ashworth memulakan jawatan mereka tetapi kedua-duanya menyatakan mereka berpuas hati dengan keputusan tersebut.

    Ashworth berkata “Saya seronok bekerja dengan Erik dalam lapan minggu terakhir. Tugas saya adalah untuk menyokongnya dalam segala cara yang mungkin dan sama ada itu dari segi operasi, pengambilan pemain, perubatan, psikologi, atau aliran latihan, ia hanya untuk mengurangkan bebanannya supaya dia boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada latihan dan pelan taktikal untuk mencapai kejayaan bagi Manchester United”. – AFP

    Erik ten Hag memerhati pemain semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford pada 1 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda