Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ten Hag harapkan permulaan baharu bina Leverkusen

    BERLIN, 21 OGOS – Setahun selepas kejayaan menakjubkan menjuarai Bundesliga tanpa kalah, jurulatih baharu Bayern Leverkusen, Erik Ten Hag, diberi tanggungjawab untuk membina semula kelab itu, berserta reputasinya sendiri.

    Leverkusen memulakan saingan Bundesliga mereka di laman sendiri menentang Hoffenheim pada Sabtu selepas musim panas yang bergolak, dengan beberapa pemain ternama meninggalkan kelab, menjadikan pasukan itu sukar dikenali berbanding juara berganda 2023-24.

    Arkitek kejayaan itu, Xabi Alonso, telah berpindah ke Real Madrid dan membawa bersama pasukannya. Florian Wirtz, Granit Xhaka, Jonathan Tah, Jeremie Frimpong dan Lukas Hradecky – semua tonggak dalam musim juara berganda Leverkusen – turut meninggalkan kelab pada musim panas ini, dengan beberapa lagi dikhabarkan bakal menyusul.

    Sebagai pengganti, beberapa pemain baharu yang menarik tetapi kurang berpengalaman menyertai pasukan, termasuk Jarell Quansah, Malik Tillman dan Ernest Poku, dengan beberapa lagi dilaporkan sedang dalam perjalanan.

    Selepas menghadapi cabaran sukar di Manchester United, meskipun memenangi Piala FA dan Piala Liga, Ten Hag turut mencari satu permulaan baharu untuk kariernya.

    Jurulatih Belanda itu menyatakan perkara itu dalam sidang media pembukaannya pada bulan Ogos.

    Apabila ditanya mengenai cabaran meneruskan kejayaan Leverkusen sebelum ini, Ten Hag, 55 tahun, berkata, “Awda tidak boleh belayar hari ini dengan angin dari semalam.”

    Dia yakin tetapi meminta kesabaran, menyatakan ia akan mengambil masa untuk menyusun pasukan.

    “Tiada siapa merupakan Harry Potter, boleh membina pasukan dengan cepat dan berjaya serentak. Itu bukanlah cara bola sepak peringkat tertinggi berfungsi.” – AFP

    Jurulatih baharu Bayer Leverkusen, Erik Ten Hag bergambar selepas sidang media di BayArena, Leverkusen, Jerman Barat, pada 26 Mei lalu. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda