Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ten Hag mengeluh selepas kad merah kedua Casemiro

    MANCHESTER, 13 MAC – Erik ten Hag mengkritik pegawai yang tidak konsisten selepas kad merah kedua Casemiro musim ini memaksa Manchester United berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 menentang Southampton kelmarin.

    Casemiro dilayangkan kad merah setelah mendapat kad kuning kedua pada minit ke-34 disebabkan terjahan tinggi ke atas pemain Southampton, Carlos Alcaraz.

    Pegawai VAR, Andre Marriner menasihatkan Anthony Taylor untuk mengkaji semula kekasaran pemain tengah Brazil itu pada skrin tepi padang dan pengadil menaik taraf kesalahan itu kepada kad merah.

    Setelah bangkit daripada kekalahan 7-0 di Liverpool hujung minggu lalu dengan menewaskan Real Betis dalam Liga Europa pada Khamis, United terpaksa bekerja keras untuk mengelak kekalahan mengejut menentang Southampton yang berada di tempat tercorot.

    Pengurus United, ten Hag sangat marah dengan keputusan mengeluarkan Casemiro, yang juga dikeluarkan ketika menentang Crystal Palace pada Februari, dan mengadu mengenai keputusan bagi sepakan penalti yang tidak memihak kepada pasukannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda