Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Ten Hag sambung kontrak dengan United

    LONDON, 4 JULAI – Erik ten Hag telah menandatangani kontrak lanjutan yang mengekalkannya di Old Trafford sehingga 2026, umum kelab Liga Perdana itu, hari ini.

    Timbulnya spekulasi mengenai masa depan pengurus Belanda itu selepas kempen Liga Perdana yang kurang baik bagi musim 2023/24 akan tetapi dia membimbing kelab itu meraih kejayaan Piala FA semasa menentang Manchester City.

    Berita tentang ten Hag yang akan kekal di kelab itu telah didedahkan secara meluas dalam media British bulan lalu selepas semakan oleh pemilik baharu kelab itu, Jim Ratcliffe.

    “Erik ten Hag telah melanjutkan kontraknya sebagai pengurus pasukan utama Manchester United sehingga Jun 2026,” kata United dalam satu kenyataan.

    Bekas pengurus Ajax, yang perjanjiannya akan tamat pada 2025, mengakui terdapat kerja yang perlu dilakukan untuk merapatkan jurang dengan saingan Liga Perdana.

    “Mengimbas kembali dua tahun lalu, kami boleh bangga dengan dua trofi dan banyak kemajuan telah dicapai ketika saya menyertainya,” katanya.

    “Bagaimanapun, kami juga perlu memastikan masih banyak kerja keras pada masa depan untuk mencapai tahap yang dijangkakan oleh Manchester United, iaitu untuk bersaing bagi gelaran juara Inggeris dan Eropah,” tambahnya. – AFP

    Reaksi Ten Hag selepas memenangi perlawanan bola sepak akhir Piala FA Inggeris antara Manchester City dan Manchester United di Stadium Wembley di London pada 25 Mei 2024. Ten Hag telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2026. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...