Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Tenaga angin, solar perlu dipertingkat

    HANOI, 15 NOV – Bagi mencapai matlamat mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius, sembilan ekonomi utama Asia perlu meningkatkan bahagian tenaga elektrik mereka yang diperoleh daripada tenaga boleh diperbaharui daripada 6 peratus pada masa kini kepada sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang 2030, menurut laporan sebuah badan pemikir Jerman yang dikeluarkan hari ini.

    Hampir satu pertiga daripada tenaga boleh diperbaharui itu harus datang daripada tenaga angin dan solar, kata laporan oleh penyelidik-penyelidik Agora Energiewende yang berpangkalan di Berlin. Satu perlima harus datang daripada tenaga hidro dan sumber bersih lain dan selebihnya, bahan api fosil.

    Kajian itu menganalisis rancangan tenaga bagi negara-negara membangun seperti Indonesia dan Vietnam, di mana permintaan tenaga berkembang pesat, dan tempat yang lebih kaya seperti Jepun dan Korea Selatan, yang mempunyai antara beban pelepasan gas rumah hijau per kapita tertinggi. Ia tidak termasuk China, pengeluar karbon terbesar di dunia, atau India, penyumbang besar yang lain. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...