Saturday, December 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tenaga elektrik hijau pertama mula disalur dari M’sia ke Singapura

    KUALA LUMPUR, 13 DIS – Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

    PETRA menerusi satu kenyataan memaklumkan penyaluran itu adalah lanjutan daripada pemeteraian Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (RESA) di antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Sembcorp Power Pte Ltd (Sembcorp Power) pada 9 Disember 2024. 

    “Pembekalan elektrik hijau merentas sempadan dari Malaysia ke Singapura berkenaan adalah hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun 2024 dan sebahagian daripada inisiatif PETRA di bawah Skim Perdagangan Elektrik Merentas Sempadan untuk Tenaga Boleh Baharu (CBES RE),” menurut PETRA di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda