Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Pembangunan industri yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dihasratkan untuk menjana peluang-peluang pekerjaan bagi belia-belia dan anak-anak tempatan serta melahirkan tenaga kerja yang sedia untuk industri.
Peluang industri sudah dijana tetapi yang amat mustahak adalah untuk mempunyai tenaga kerja tempatan yang bersedia untuk berkhidmat dalam industri berkenaan dan tidak harus bergantung kepada tenaga kerja luar.
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dalam temu bual bersama pihak media semasa Hari Pasaran Pusat Pembangunan Kapasiti, Lambak Kanan, hari ini.