Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tenang, prinsip kunci utama City

    MANCHESTER, 29 Nov – Pengurus Pep Guardiola berkata kebolehan Manchester City untuk kekal tenang dan mengikuti prinsip serangan bebas memberikan pulangan besar buat pendahulu Liga Perdana itu musim ini.

    Guardiola sudah menyaksikan skuad kendaliannya menjaringkan gol-gol penting dalam 15 minit terakhir perlawanan dalam lima daripada 13 perlawanan setakat ini.

    Ia membantu City membuka jurang besar lima mata di puncak liga utama Inggeris di depan pencabar utama, Manchester United (menang 4-2 ke atas Watford awal pagi Rabu) dan menghuni tangga teratas peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan berbaki satu perlawanan.

    Guardiola sebelum ini dikritik pada musim pertamanya dalam bola sepak Inggeris kerana enggan mengubah gaya permainannya dengan pasukannya memerlukan jaringan lewat permainan.

    Namun bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu kini percaya pendekatannya membuahkan hasil susulan jaringan lewat Raheem Sterling pada minit ke-84 yang memberikan kemenangan 2-1 ke atas Huddersfield, minggu lalu.

    Kemenangan lewat mula hadir selepas siri jaringan di penghujung perlawanan untuk mengesahkan kemenangan ke atas Brighton, Everton, Bournemouth serta Feyenoord.

    Guardiola, 46, gembira dengan para pemainnya terus membuat hantaran bola, berbanding menggunakan kaedah terdesak, taktik bola jauh untuk mendapatkan keputusan lewat.

    “Ia bagus apabila ia berlaku dan anda tidak panik,” kata Guardiola. “Kamu memutuskannya dalam 15 minit untuk mengubah (pertahanan) Vincent Kompany kepada (penyerang) Gabriel (Jesus), dan ia memberi mesej kepada keseluruhan pasukan bahawa anda mahu menang.

    “Kami bermain dengan dua penyerang dan sejurus selepas gol, kami melihat mereka membuat pertukaran dan meletakkan dua penyerang dan bermain hantaran jauh.

    “Kerana pemain tengah adalah (Ilkay) Gundogan dan pertahanan tengah adalah Fernandinho, kami sekali lagi mengubahnya.

    “Apabila ia berlaku, ia disebabkan kerana mereka percaya dengan apa yang kami mahu lakukan.

    Ia juga berlaku kerana pada musim lalu dan ia berhasil.

    “Keputusan membantu mentaliti pasukan dan membantu mereka sedikit demi sedikit.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda