KUALA LUMPUR, 27 APRIL – Tencent Cloud, cabang pengkomputeran awan Tencent, memperkenalkan alat persidangan secara awan VooV Meeting di Malaysia yang menawarkan penyelesaian persidangan secara awan pelbagai individu yang terjamin, amat lancar dan berdefinisi tinggi.
Dalam kenyataan hari ini, ia berkata syarikat dapat menghubungkan antara warga kerja dan rakan kongsi perniagaan di seluruh dunia secara lancar menerusi rangkaian dan kestabilan VooV Meeting yang luas.
Ia berkata Asiasoft Malaysia, China Construction Bank Malaysia dan Green Packet Bhd merupakan antara yang pertama di negara ini yang menyepadukan VooV Meeting dalam rutin perniagaan masing-masing.
“Semasa pandemik COVID-19, Tencent Cloud akan menyediakan akses percuma istimewa kepada ciri Voov Meeting yang menghubungkan sehingga 300 peserta secara serentak untuk pengguna global,” kata-nya. – Bernama