Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Farahdhiya tendang pembuli demi pertahankan diri

    Nur Farahdhiya Mohd Amin, atau Farahdhiya, 41, pernah menjadi mangsa buli ketika berusia 13 tahun hanya kerana dirinya merupakan pelajar baharu.

    Namanya juga sering diconteng bersama perkataan jelik di dinding sekitar kawasan sekolah sehingga mendapat perhatian guru.

    Menurut laporan mStar, dia bagaimanapun hanya mampu berdiam diri dan bersabar kerana memikirkan masih baharu di sekolah berkenaan.

    “Nama saya penuh diconteng di dinding tandas, makmal serta dapat surat ugutan, sampai cikgu tanya kenapa nama saya penuh dekat meja makmal”. 

    Selain mengongsikan, bila waktu rehat siap kena baling batu, balik dari makmal siap ada surat atas meja ugut macam-macam.

    Farahdhiya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

    Tidak tahan apabila kumpulan pembuli itu mula membuat sentuhan fizikal, Farahdhiya bertindak mempertahankan diri dengan memukul dan menendang individu terbabit. 

    “Banyak kali masa rehat mereka datang dalam kumpulan nak cari fasal, saya memang tunggu sahaja mereka sentuh saya dulu sebab selama ini cuma gertak tapi tak sampai naik tangan. 

    “Tapi ada satu hari memang impian saya jadi kenyataan. Salah seorang daripada mereka sentuh saya, dan saya pun automatik dengan baju kurung yang dipakai mula pukul dan tendang belakang dia”. 

    “Nak dijadikan cerita seorang tergolek, lagi seorang macam nak tolong cucuk saya dengan pen tapi kena dekat tangan saja,” ujarnya. 

    Selepas insiden tersebut, penyanyi berkenaan tidak lagi menjadi mangsa buli dan pembuli itu sudah dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak sekolah.

    Sementara itu, Farahdhiya turut menasihatkan kepada pelajar-pelajar sekolah agar tidak menjadi pembuli kerana ia hanya akan memberi kesan negatif pada diri sendiri.

    “Sebab itu adik-adik tak perlu nak berlagak gangster. Mak ayah hantar pergi sekolah untuk timba ilmu, ambil peluang ini untuk buat mereka bangga selain untuk masa depan awak juga. 

    “Tak ke mana pun perangai kaki buli itu, tak mendatangkan faedah. Jagalah nama baik keluarga. Kita ini hidup bukan seorang diri, kita ada keluarga. 

    “Jangan kerana perangai awak, mak ayah yang dapat malu nanti. Kasihan mak ayah tak bersalah, penat mereka cari duit jaga awak daripada kecil semata-mata nak tengok awak berjaya,” katanya.- Agensi

    Faradhiya menasihati pelajar untuk tidak melakukan gejala buli.-mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda