Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Tengkorak manusia’ ditemui di luar USJ

    TOKYO, 13 OKT – Objek menyerupai tulang termasuk tengkorak manusia telah ditemui di luar taman tema popular, Universal Studio Jepun (USJ) di Osaka, kata polis hari ini.

    Seorang pegawai polis mengatakan polis diarahkan menjalankan siasatan susulan penemuan objek mirip tengkorak, rahang atas bersama tulang lain.

    “Seorang kakitangan telah menemukan objek itu ketika sedang memangkas pokok di taman hiburan,” katanya.

    “Kami sedang menyiasat kes itu sama ada ia membabitkan jenayah atau kemalangan,” katanya sambil menambah berdasarkan saiz, media tempatan melaporkan ia kemungkinan tulang orang dewasa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda