Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tenis Dubai: Federer menang mudah

    DUBAI, 28 Feb – Roger Federer masih mempamerkan aksi memberangsangkan meskipun sebulan berehat selepas kemenangan bergaya di Terbuka Australia, dengan menyingkirkan Benoit Paire di Kejohanan Tenis Dubai.

    Federer, mengejar rekod kejuaraan kelapan di Dubai, mudah menewaskan pemain tenis dari Perancis yang kuat melenting tersebut 6-1,6-3, dalam perlawanan pertamanya sejak memenangi Grand Slam ke-18 dalam bulan Januari di Melbourne.

    Pemain Switzerland itu, yang tidak pasti dengan prestasi dan kecergasannya susulan rehat panjang dan kecederaan kaki, masih belum merangkul kejuaraan kelapan dalam mana-mana kejohanan selepas mencapai tujuh kejuaraan Dubai, Wimbledon, Basel, Cincinnati dan di Halle.

    “Saya gembira dengan cara saya bermain, saya mampu terus agresif,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

    Aksi Roger Federer ketika cuba membalas pukulan kepada Benoit Paire di Kejohanan Tenis Dubai. – AP
    Aksi Roger Federer ketika cuba membalas pukulan kepada Benoit Paire di Kejohanan Tenis Dubai. – AP

    “Terdapat beberapa ‘break point’ diselamatkan dan saya mengembalikannya dengan sangat baik dalam pusingan pertama.

    “Servis pada mulanya mungkin tidak begitu tepat, tetapi saya fikir mungkin bermain pada waktu malam di sini buat pertama kali telah membuat kelainan apabila anda melontar bola ke udara kerana cahaya, jadi ia akan menjadi lebih bagus jika saya terus mara dalam kejohanan ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda