Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera AS mengaku tidak bersalah sokong Daesh

    LOS ANGELES, 25 Julai – Seorang anggota tentera darat Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah persekutuan atas tuduhan menyokong kumpulan pengganas Daesh, lapor agensi berita Xinhua.

    Sarjan Ikaika Erik Kang ditahan pada 8 Julai lepas, didakwa cuba memberikan sokongan berbentuk material dan latihan kepada anggota Daesh.

    Tertuduh bertugas sebagai pengawal trafik udara tentera Divisyen Infantri ke-25, berpangkalan di Schofield Barracks di Honolulu, Hawai.

    Menurut laporan Hawaii News Now, Kang berdepan empat pertuduhan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

    Dokumen siasatan FBI mengatakan tertuduh dikatakan turut mahu bertindak menggunakan senapang dan membunuh “sekumpulan orang.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda