MANILA, FILIPINA, 30 JUN – Ketua tentera Filipina hari ini berang atas penembakan mati empat orang askarnya oleh polis, termasuk dua pegawai dan menuntut keadilan meskipun kedua-dua belah pihak memberikan kenyataan bercanggah mengenai pembunuhan itu.
Eduardo Ano, seorang ketua turus tentera bersara yang kini menyelia polis kebangsaan sebagai setiausaha dalaman, mengarahkan polis terlibat dalam keganasan pada Isnin di selatan bandar Jolo di Sulu, untuk dilucutkan senjata dan menahannya untuk siasatan.
Polis bagaimanapun mengatakan askar-askar terbunuh kerana ‘kesilapan pertembungan’ dengan sekumpulan pegawai polis. Tentera pula menyatakan bahawa dua pegawai dan dua orang anggotanya ketika itu dalam misi memerangi militan Abu Sayyaf, termasuk suspek pengebom berani mati, apabila mereka diserang kemudian ditembak mati oleh polis tanpa sebarang provokasi meskipun selepas mereka mengenalkan diri. – AP