MANILA, FILIPINA, 30 JUN – Ketua tentera Filipina hari ini berang atas penembakan mati empat orang askarnya oleh polis, termasuk dua pegawai dan menuntut keadilan meskipun kedua-dua belah pihak memberikan kenyataan bercanggah mengenai pembunuhan itu. Eduardo Ano, seorang ketua turus tentera bersara yang kini menyelia polis kebangsaan sebagai setiausaha dalaman, mengarahkan polis terlibat dalam keganasan