Friday, January 3, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Brazil dikerah perangi jenayah terancang

    RIO DE JANEIRO, 2 NOV – Kerajaan Brazil semalam mengerahkan angkatan tentera untuk mengawal beberapa lapangan terbang dan pelabuhan di seluruh negara dalam usaha memerangi kumpulan jenayah militan dan penyeludupan dadah, lapor Xinhua.

    Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menandatangani dekri ‘melancarkan operasi bersepadu bagi memerangi jenayah terancang’, menurut kenyataannya di platform X.

    Menurut dekri berkenaan, pasukan tentera akan membantu pasukan polis persekutuan di beberapa lapangan terbang dan pelabuhan di bandar Rio de Janeiro dan Sao Paulo.

    Seramai 3,700 anggota tentera darat, udara dan laut akan dikerah menyertai usaha itu.

    Minggu lepas, sekurang-kurangnya 35 bas dibakar di barat Rio selepas seorang anggota kumpulan jenayah militan terkemuka terbunuh dalam operasi yang dijalankan pihak berkuasa.

    Polis menganggap insiden bas dibakar sebagai tindakan membalas dendam, dan gabenor tempatan berikrar memburu tiga ketua sindiket jenayah susulan kejadian itu.

    Langkah kerahan tentera itu dijadual berlangsung sehingga Mei tahun depan dan boleh dilanjutkan jika perlu. – Bernama

    Presiden Luiz Inacio Lula da Silva bercakap semasa sidang media mengenai rancangan untuk membanteras jenayah terancang di Rio de Janeiro di Istana Planalto, Brasilia pada 1 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda