HONG KONG, 28 JUN – Tentera China akan menerima sebidang tanah dermaga Hong Kong esok, walaupun tatkala bandar tersebut dibelenggu bantahan anti-Beijing dan beberapa hari sebelum ulang tahun penyerahannya kepada China.
Rapat besar-besaran telah mengejutkan wilayah separa autonomi pada bulan ini, dengan penunjuk perasaan meminta penarikan rang undang-undang yang membenarkan ekstradisi ke negara China.
Lebih banyak bantahan pro-demokrasi dijangka diadakan pada hari-hari akan datang, apabila penduduk meraikan ulang tahun penyerahan Hong Kong kepada pemerintahan Beijing pada 1997.
Esok, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China secara automatik akan diberikan kawalan dermaga Pelabuhan Victoria di bawah perjanjian Britain dan China 1994.
Tindakan itu bermakna kapal PLA boleh berlabuh di pelabuhan itu, dengan latar langit terkenal bandar di belakangnya.
PLA telah pun mempunyai garison di Hong Kong, namun tenteranya pada umumnya mengekal profil rendah dan jarang dilihat dalam pakaian seragam di khalayak ramai.
Penduduk Hong Kong merancang menunjuk perasaan terhadap penyerahan tanah seluas 3,000 meter persegi pada petang ini. – AFP