Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Tentera diketuai Rusia mula berundur dari Kazakhstan

    ALMATY, KAZAKHSTAN, 13 JAN – Lebih 2,000 anggota tentera yang dipimpin Rusia mula berundur dari Kazakhstan hari ini selepas lebih seminggu dikerahkan ke sana, apabila protes aman berhubung kenaikan harga tenaga di negara Asia Tengah itu mula bertukar ganas yang tidak pernah berlaku sebelum ini hingga meragut puluhan nyawa.

    Keputusan menghantar pasukan pengaman adalah tindakan pertama bagi Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) yang diketuai Moscow, sering disebut Rusia sebagai sepadan dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

    Pada satu majlis yang menandakan berakhirnya misi itu, askar-askar berbaris ketika lagu kebangsaan dari enam negara anggota CSTO dimainkan sebelum ucapan rasmi.

    “Operasi pengaman sudah berakhir… tugas sudah dilaksanakan,” kata Jeneral Rusia, Andrei Serdyukov, komander kontinjen CSTO yang melibatkan tentera dari Rusia, Belarus, Armenia, Tajikistan dan Kyrgyzstan.

    Kementerian Pertahanan Rusia berkata pasukannya mula mempersiapkan peralatan untuk dimuatkan ke dalam pesawat tentera sebagai sebahagian daripada pengunduran kontinjen.

    Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, berkata misi itu ‘memainkan peranan sangat penting’ semasa lawatan pertamanya ke bandar utama negara itu, Almaty, sejak krisis bermula. – AFP

    Tentera CSTO menghadiri majlis menandakan penamatan misi CSTO di Almaty pada 13 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...