MANILA, 29 MEI – Tentera Filipina membunuh empat orang disyaki pemberontak dalam satu pertempuran di tengah Filipina kelmarin, menurut jurucakapnya hari ini.
Kapten Tentera Jefferson Mariano mengatakan pertempuran antara tentera dan pemberontak Tentera Rakyat Baharu (NPA) berlangsung selama 15 minit di wilayah Utara Samar. Tentera juga menemui dan merampas senjata api dan peluru hidup.
Pemberontak NPA telah berjuang menentang kerajaan sejak 1969. Mereka menumpukan serangan di kawasan pedalaman dan sering bertempur dengan tentera. – Xinhua