Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Indonesia maafkan tentera Australia

    JAKARTA, Indonesia, 9 Feb – Tentera Indonesia telah menerima satu kenyataan maaf daripada ketua tentera Australia berhubung satu penghinaan terhadap ideologi kerajaan Indonesia yang mencetuskan satu pertengkaran di antara kedua-dua negara.

    Satu kenyataan tentera Indonesia dikeluarkan semalam selepas ketua tentera Australia Lt. Jenal Angus Campbell bertemu dengan ketua tentera Indonesia.

    Gatot Nurmantyo berkata Angkatan Pertahanan Australia akan menyekat kakitangan yang terbabit dalam kejadian itu. Ia memetik Campbell sebagai berkata sekatan akan menjejas kerjaya mereka yang dikenakan hukuman.

    Tentera Indonesia menggantung sementara kerjasama dengan rakan sejawatan Australia pada Januari. Perselisihan yang meletus selepas seorang pegawai tentera Indonesia menimbulkan kebimbangan pada November mengenai bahan pengajaran untuk latihan bahasa tentera di sebuah pusat tentera khas di barat Australia.

    Media Indonesia melaporkan Pancasila, ideologi negara yang berdasarkan pada lima prinsip termasuk sebuah negara bersatu dan kepercayaan dalam satu Tuhan, dinamakan semula ‘Pancagila,’ menggelarnya gila dalam bahasa Indonesia, dalam bahan latihan.

    Merujuk kepada kejadian itu, Nurmantyo berkata dalam kenyataan bahawa warga Indonesia telah terbunuh untuk mempertahankan Pancasila. “Terutamanya untuk tentera, ia amat sensitif dan ia menyakitkan kami,” kata beliau.

    Negara jiran berkenaan, walaupun rakan rapat dalam bidang seperti perdagangan dan tindakan cegah keganasan, telah lama mempunyai hubungan yang bergolak. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda