Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Iran uji tembakan peluru berpandu baharu

    TEHRAN, 18 JUN – Iran menguji tembakan peluru berpandu krus ‘generasi baharu’ hari ini, menurut tentera laut, dalam latihan ketenteraan pertama seumpamanya sejak 19 kelasi terkorban bulan lalu dalam insiden tembakan persahabatan.

    Laman web pasukan bersenjata menyiarkan gambar-gambar latihan di Teluk Oman menunjukkan peluru berpandu ditembak dari sebuah kapal perang dan belakang trak, dan sebuah kapal meledak meluru ke laut.

    Kenyataan itu mengatakan peluru berpandu jarak jauh dan dekat itu adalah uji tembakan.

    Ia “memusnahkan sasaran ditandakan 280km jauhnya dan jaraknya boleh meningkat lebih jauh,” menurut kenyataan.

    Peluru berpandu itu direka dan dihasilkan oleh kementerian pertahanan dan tentera laut, katanya, tanpa memberi butiran lanjut. – AFP

    Gambar yang diperolehi dari pejabat pasukan bersenjata Iran pada 18 Jun menunjukkan peluru berpandu menyasarkan kapal semasa latihan tentera Iran di Teluk Oman. Iran menguji tembak peluru berpandu ‘generasi baharu’ pada 18 Jun, menurut tentera laut. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda