Thursday, March 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Iraq hampiri IS di Mosul

    IRAQ, 21 Feb – Pasukan Iraq yang dibantu jet-jet dan helikopter bergerak ke arah selatan Mosul hari ini dan bersiap sedia untuk menawan kubu kuat kumpulan Islamic State (IS) di tebing barat bandar itu.

    Usaha baru dalam operasi empat bulan untuk menawan semula Mosull telah mencetuskan kebimbangan bagi 750,000 orang awam yang terperangkap yang berisiko dibunuh jika mereka cuba melarikan diri dan kebuluran jika mereka terus berada di situ.

    Pasukan polis persekutuan telah tiba di tempat pemeriksaan Aqrab di lebuh raya dari Baghdad, tempat yang menandakan laluan masuk selatan ke Mosul dan dari situ bandar itu jelas kelihatan.

    “Hari ini kami berdiri di Aqrab. Ia sangat penting kerana ia dianggap pagar selatan Mosul,” Leftenan Jeneral Haider al-Mtoury, dari polis persekutuan memberitahu seorang pemberita AFP.

    Menurutnya pasukannya berdepan banyak bom kereta dan pengebom berani mati IS ketika bergerak mara menuju dalam jarak dua kilometer had bandar itu.

    Tentera Iraq yang kini menghampiri IS di tebing barat Mosul. – AFP
    Tentera Iraq yang kini menghampiri IS di tebing barat Mosul. – AFP

    Pasukan tentera iraq juga mengawal kawasan strategik dikenali sebagai bukit Al-Buseif berhampiran lapangan terbang Mosul, yang terletak di selatan menuju ke bandar itu.

    Sementara itu kumpulan paramilitari Hashed al-Shaabi mara di utara di gurun di kawasan gurun mereka barat jauh dan sampai di jalan raya yang menghubungkan Mosul dengan Tal Affar, bandar ke barat yang masih di bawah kawalan IS.

    Itu akan seterusnya memencilkan apa yang menurut para pegawai kanan AS semalam, 2,000 orang pejuang IS yang masih berada di dalam Mosul.

    Serangan yang dilancarkan Ahad lalu menandakan fasa baru dalam operasi luas yang bermula 17 Oktober lalu untuk menawan semula Mosul , bandar kedua Iraq dan kubu kuat besar terakhir para pejuang jihad di negara itu.

    Penawanan semulanya akan memberi tamparan hebat kepada ketua kumpulan khalifah IS itu, Abu Bakar al-Baghdadi yang telah diisytiharkan di bandar itu pada Jun 2014, tetapi yang telah berkurang terus menerus selama dua tahun ketika kemaraan pasukan anti IS. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda