Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Iraq serang IS di lapangan terbang Mosul

    AL-BUSEIF, Iraq, 23 Feb – Pasukan Iraq yang dibantu oleh jet-jet, dron dan pesawat udara gempur menyerang lapangan terbang Mosul hari ini, langkah utama dalam serangan baru menentang para pejuang jihad yang mempertahankan kubu kuat mereka di tebing barat bandar itu.

    Pasukan Iraq itu termasuklah polis persekutuan dan pasukan elit kementerian dalam negeri, Rapid Response menggerakkan konvoi-konvoi ke arah lapangan terbang yang tidak digunakan lagi, yang terletak di selatan berhampiran Mosul dan masih dikuasai oleh kumpulan Islam IS.

    Mereka melepaskan tembakan mortar ketika helikopter gempur dan pesawat udara lain memberi laluan bagi pasukan darat, lapor seorang wartawan AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda