Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Israel bakar rumah, langgar gencatan senjata

    BEIRUT, 13 FEB – Tentera Israel membakar beberapa rumah dan sebuah ladang di selatan Lubnan kelmarin, dalam insiden terbaru pelanggaran perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

    Menurut Agensi Berita Lubnan, beberapa rumah dibakar oleh tentera Israel di bandar Al-Aadaissah.

    Tentera Israel juga melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di kawasan sempadan Aita al-Shaab, menurut laporan penyiar itu. Tiada kecederaan dilaporkan.

    Gencatan senjata yang rapuh dilaksanakan sejak 27 November, mengakhiri berbulan-bulan tembakan bersama antara Israel dan Hizbullah yang meningkat menjadi konflik berskala penuh pada September lalu.

    Walaupun gencatan senjata termeterai, Israel melakukan hampir 900 pelanggaran, membunuh dan mencederakan puluhan orang di Lubnan termasuk wanita dan kanak-kanak.

    Di bawah perjanjian gencatan senjata, Israel sepatutnya menyelesaikan pengundurannya dari selatan Lubnan menjelang 26 Januari, tetapi tarikh akhir dilanjutkan hingga 18 Feb selepas Israel enggan mematuhi perjanjian. – Bernama/Anadolu

    Sekumpulan tentera Israel dalam sebuah kenderaan berhampiran sempadan utara Gaza pada 28 Januari. Tentera Israel membakar rumah dan ladang dalam insiden terbaru pelanggaran perjanjian gencatan senjata. – Gambar Fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda