Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Israel bedil bandar Lubnan

    BEIRUT/ISTANBUL, 13 NOV – Tentera Israel membedil kawasan antara bandar Houla dan Meiss al-Jabal di selatan Lubnan kelmarin, sekali gus mencabuli perjanjian gencatan senjata tahun lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

    Agensi berita negara NNA melaporkan artileri Israel mengenai kawasan Wadi al-Jamal dan Birkat al-Tayri di bahagian barat Houla. Tiada maklumat mengenai jumlah kecederaan setakat ini.

    Ketegangan di selatan Lubnan meningkat sejak beberapa minggu lalu, dengan tentera Israel menggandakan serangan udara hampir setiap hari di wilayah Lubnan atas dakwaan menyasarkan anggota dan infrastruktur Hizbullah.

    Serangan Israel sejak Oktober 2023, yang bertukar menjadi pencerobohan besar-besaran pada September 2024 meragut lebih 4,000 nyawa dan mencederakan hampir 17,000 orang di Lubnan. – Bernama/Anadolu

    Kereta kebal tempur utama Merkava di sepanjang sempadan selatan Lubnan pada 6 November. Tentera Israel bedil bandar di selatan Lubnan. – Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda