Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Israel bunuh remaja Palestin di Tebing Barat

    NABLUS, Wilayah Palestin, 29 Jan – Seorang warga Palestin ditembak mati hari ini sementara lima yang lain cedera oleh askar Israel di kem Jenin di Tebing Barat yang diduduki, kata sumber perubatan Palestin.

    Remaja yang terbunuh itu menetap di kem yang terletak di utara Tebing Barat dan dikenal pasti sebagai Mohammed Abu Khalifa berusia 19 tahun, menurut sumber.

    Penembakan berlaku selepas serangan mendadak ke atas kem oleh pasukan Israel yang mencetuskan pertelingkahan dengan remaja Palestin, kata para pegawai keselamatan Palestin.

    Seorang jurucakap wanita tentera Israel berkata askar-askar telah melepaskan tembakan selepas memasuki kem tersebut dan diserang dengan bahan letupan.

    “Berdepan dengan bahaya itu, askar-askar menembak ke arah penyerang utama keganasan itu,” ujarnya kepada AFP.

    Tidak ada askar yang mengalami kecederaan, tambahnya.

    Gelombang serangan Palestin meletus pada Oktober 2015 telah mengakibatkan kematian seramai 252 warga Palestin, 40 warga Israel, dua Amerika, seorang Jordan, seorang Habsyah dan seorang Sudan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda