OFRA, Tebing Barat, 1 Mac – Tentera Israel telah merobohkan sembilan buah rumah di tengah penempatan Ofra, Tebing Barat selepas Mahkamah Agung memutuskan ia dibina di atas tanah persendirian milik orang Palestin. Jentolak-jentolak mula merobohkan dinding kediaman terbabit hari ini selepas polis terpaksa meleraikan penduduk yang membantah tindakan itu sehari sebelumnya.
Seorang pemilik rumah, Netzach Brodt yang melihat rumahnya dirobohkan berkata beliau kecewa dengan tindakan itu.
Kebanyakan masyarakat antarabangsa melihat isu penempatan itu sebagai penghalang dalam mewujudkan sebuah negara Palestin bersama Israel di wilayah yang dikuasainya dalam perang pada 1967.

Bulan lalu tentera juga melakukan perkara serupa berhampiran Amona, sebuah komuniti yang menjadi simbol pergerakan penempatan itu.
Langkah itu mencetuskan ketegangan dalam pasukan gabungan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang terperangkap antara menenteramkan sekutu pasukan gabungan yang menyokong peneroka dan menghormati keputusan mahkamah. – AP