RAMALLAH, 31 Dis – Pasukan tentera Israel telah menyerbu bandar Kobar di Tebing Barat hari ini dan menahan 10 penduduk Palestin, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu memetik kenyataan penduduk setempat.
Penduduk berkata tentera Israel telah menggeledah beberapa buah rumah di bandar itu sebelum menahan 10 orang.
Tentera Israel telah mengadakan beberapa serbuan ke atas bandar itu sejak awal bulan ini selepas pembunuhan Assem Barghouti, seorang penduduk tempatan yang didakwa oleh pihak berkuasa Israel melancarkan serangan tembakan ke atas timur Ramallah pada 9 Disember, yang menyebabkan enam penduduk Israel cedera.
Media Israel turut melaporkan bahawa saudara lelaki Barghouti turut terlibat dalam satu lagi serangan tembakan ke atas timur Ramallah, yang menyebabkan dua tentera Israel terbunuh.
Tentera Israel sering menjalankan kempen penaha-nan meluas di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang didudukinya atas alasan bagi memburu penduduk Palestin yang ‘dikehendaki’. – Bernama