Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Israel tembak mati warga Palestin

    RAMALLAH, 23 MAC – Seorang warga Palestin telah ditembak mati oleh tentera Israel di Tebing Barat kelmarin, menurut menteri kesihatan Palestin.

    Lelaki tersebut telah ditembak berdekatan Barat Nilin di Ramallah di Tebing Barat, menurut menteri. Tentera Israel berkata dia telah melempar batu ke arah kenderaan Israel yang lalu di jalan berhampiran. “Askar melepaskan tembakan ke arah suspek selepas mereka dilemparkan batu dan bersedia untuk melemparkan batu tambahan,” kenyataan dari tentera Israel.

    “Menurut informasi yang sedia ada, seorang suspek telah ditembak mati dan seorang lagi telah mengalami kecederaan dan melarikan diri,” mereka menambah. Penduduk setempat telah mengenal pasti lelaki tersebut sebagai Sufian al-Khawaja.

    Agensi berita rasmi Palestin, Wafa, berkata tentera Israel telah menghalang ambulan dari membawa lelaki tersebut ke hospital. Kerajaan Palestin mengumumkan kelmarin ia akan mengadakan sekatan perjalanan semalam dua minggu di Tebing Barat dalam langkah untuk menghindarkan daripada penularan wabak koronavirus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda