Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tentera Israel tembak remaja Palestin

    RAMALLAH, PALESTIN, 12 DIS – Seorang remaja Palestin ditemui mati ditembak di bumbung rumahnya selepas serbuan tentera Israel di Tebing Barat, kata sumber Palestin hari ini.

    Tentera Israel berkata tentera telah berbalas tembakan dengan suspek di kawasan itu.
    Tanpa memberikan komen secara khusus, tentera berkata ia ‘sedar mengenai laporan seorang budak perempuan Palestin terbunuh’ dan kejadian itu ‘sedang disiasat.’

    Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti budak perempuan itu sebagai Kana Zakarna, yang tinggal di Jenin, bandar di utara Tebing Barat yang menjadi kubu kebanyakan pemberontak dan menjadi sasaran operasi Israel hampir setiap hari sejak Mac.

    Agensi berita Palestin, Wafa berkata Zakarna, 16, ‘ditembak di kepala oleh tentera Israel ketika berada di bumbung rumahnya.’

    Ia berkata ahli keluarga menemuinya di sana selepas tentera meninggalkan kawasan itu.
    Dalam satu kenyataan, tentera berkata ia telah memasuki Jenin semalaman ‘untuk menahan individu dikehendaki’ dan tiga orang telah diberkas.

    “Suspek melontar bahan letupan dan melepaskan tembakan pada tentera. Tentera bertindak balas dengan peluru hidup pada suspek bersenjata,” menurut tentera. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...