Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Israel terus lakukan genosid di Gaza

    GAZA, 10 SEPT – Tentera pendudukan Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza selepas melancarkan serangan udara yang menyasarkan kawasan khemah pelarian di Mawasi Khan Yunis, awal pagi hari ini, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin, WAFA.

    Pembunuhan yang berlaku berhampiran Hospital British di pintu masuk kawasan Mawasi menyebabkan puluhan orang awam terkorban dan cedera, termasuk sejumlah besar kanak-kanak dan wanita, manakala ramai lagi masih hilang.

    Pasukan perubatan berkata seramai 40 mayat ditemukan dan 60 lagi cedera selepas tiga jam operasi menyelamat dilaksanakan di Mawasi Khan Yunis.

    Pertahanan Awam memaklumkan pihaknya berdepan satu daripada pembunuhan beramai-ramai yang paling kejam sejak permulaan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

    Menurut laporan akhbar dan media tempatan, lima peluru berpandu digunakan dalam serangan itu menyebabkan kemusnahan sepenuhnya.

    Kawasan itu kini dalam keadaan huru-hara, dengan kehadiran pesawat pengintip Israel di lokasi, di tengah-tengah gangguan bekalan elektrik dan kebakaran akibat pengeboman. – Bernama

    Penduduk Palestin memeriksa kerosakan di tapak serangan Israel ke atas kem pemindahan sementara di Mawasi Khan Yunis di Semenanjung Gaza, pada 10 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda