Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Israel undur diri dari Khan Younis, Selatan Gaza

    BAITULMAQDIS, 8 APRIL – Tentera rejim telah berundur dari bandar Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza, menurut laporan media Israel, kelmarin.

    “Divisyen ke-98 dengan tiga brigednya, berundur dari Khan Younis malam tadi selepas tamat operasi di sana susulan pertempuran yang berlangsung selama empat bulan,” lapor Agensi Anadolu memetik Radio Tentera Israel.

    Radio Tentera Israel berkata hanya ada satu briged yang tinggal di Gaza iaitu Nahal Brigade yang bertanggungjawab untuk mengawal koridor yang ditubuhkan oleh tentera Israel untuk menghalang penduduk Gaza daripada kembali ke utara wilayah itu.

    Sementara itu, sumber Palestin memaklumkan bahawa tentera Israel berundur dari semua kawasan barat bandar Khan Younis sementara pasukan itu kekal ditempatkan di timur bandar berkenaan.

    Menurut penyiar awam Israel KAN, tentera rejim berundur dari Semenanjung Gaza kecuali mereka yang berada di Bandaraya Gaza untuk menghalang kepulangan rakyat Palestin ke utara.

    Operasi darat tentera Israel bermula di Khan Younis pada 3 Disember dengan tujuan untuk menyelamatkan tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas.

    Bagaimanapun berdasarkan dakwaan tentera, tentera penceroboh meninggalkan bandar itu tanpa mencapai matlamatnya. – Bernama

    Rakyat Palestin memeriksa kemusnahan yang ditinggalkan oleh serangan udara dan darat Israel selepas mereka berundur dari Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda