TOKYO, 30 SEPT – Kementerian Pertahanan Jepun berusaha mendapatkan belanjawan berjumlah hampir 5.5 trilion yen untuk tahun 2021 bagi membiayai pembelian jet pejuang penggempur Amerika dan mengembangkan keupayaannya untuk memerangi ancaman dalam ruang siber dan angkasa lepas.
Permohonan belanjawan yang diumumkan hari ini adalah yang pertama di bawah Perdana Menteri baharu Yoshihide Suga dan merupakan pertambahan lapan peratus berbanding tahun semasa, menandakan penerusan dasar keselamatan pemimpin sebelumnya. Perbelanjaan pertahanan Jepun telah meningkat selama lapan tahun berturut-turut sejak 2013, setahun selepas Abe menjadi perdana menteri.
Peningkatan dalam perbelanjaan diadakan tatkala Abe mendesak Pasukan Pertahanan Jepun mengembangkan peranan antarabangsa dan keupayaannya di tengah ancaman dari Korea Utara dan China. – AP
