Saturday, February 8, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Jerman bergelut cari rekrut baharu

    FRANKFURT, 2 OGOS – Angkatan bersenjata Jerman berdepan masalah besar dalam mencari rekrut baharu, kata menteri pertahanan hari ini, ketika Berlin berusaha untuk merombak tenteranya yang lapuk berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Bundeswehr telah lama mengalami kekurangan sumber dan dana tetapi permulaan perang Ukraine mendorong Canselor Olaf Scholz berikrar untuk meningkatkan perbelanjaan.

    Bagaimanapun, cabaran utama adalah merekrut generasi tentera akan datang, akui Menteri Pertahanan, Boris Pistorius semasa lawatan ke pusat kerjaya angkatan tentera di Stuttgart.

    “Semua orang bercakap tentang kekurangan kakitangan di Bundeswehr dan tiada siapa yang mengetahui perkara ini lebih baik daripada saya,” katanya kepada wartawan.

    “Kami mempunyai 7 peratus pemohon yang bilangannya sedikit tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

    “Semasa latihan dalam tentera, terdapat kadar penarikan diri sekitar 30 peratus,” tambahnya.

    Masalah teruk yang dihadapi Bundeswehr terbongkar pada Mac apabila seorang ahli parlimen ter-tinggi mengatakan tentera memiliki terlalu sedikit daripada segala-galanya dan bereknya berada dalam keadaan menyedihkan.

    Beberapa tempat tinggal tentera tidak mempunyai Wi-Fi dan juga tandas yang tidak berfungsi, kata seorang pesuruhjaya parlimen Jerman, Eva Hoegl yang ditugaskan untuk meneliti tentera. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda