AMMAN, 12 NOV – Sebuah pesawat tentera udara Jordan menggugurkan satu lagi kumpulan bantuan perubatan penting menggunakan payung terjun ke hospital medan Jordan di Gaza, kelmarin, kata seorang pegawai Angkatan Tentera Jordan.
Operasi itu dilakukan dengan kerjasama Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar untuk meningkatkan kemampuan hospital dan meningkatkan keupayaan kakitangan perubatan untuk memberi rawatan kepada rakyat Palestin di Gaza, lapor agensi berita Jordan (Petra).
Angkatan Tentera mengesahkan bahawa hospital itu terus beroperasi walaupun dalam keadaan mencabar di tengah-tengah pengeboman Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza. – Bernama