Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Kenya bunuh 10 pejuang Al-Shabaab

    NAIROBI, 25 Sept – Tentera Kenya telah membunuh 10 pejuang dari kumpulan militan Somalia, Al-Shabaab, dalam satu pertempuran di timur negara itu, kata pihak tentera.

    Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Kenya, tiga tentera cedera dalam serangan pada pagi Isnin yang dilancarkan oleh pihak tentera di daerah pesisir Lamu.

    “Susulan insiden itu, 10 pejuang Al-Shabaab terbunuh. Tentera kini memburu beberapa militan lain yang melarikan selepas mengalami kecederaan,” menurut kenyatan itu.

    Al-Shabaab, yang berhasrat menggulingkan kerajaan Somalia yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan melaksanakan undang-undang ketat Islam berdasarkan tafsirannya sendiri, mempergiat serangan di Kenya sejak Nairobi menghantar tentera ke Somalia pada 2011.

    Ia mahu tentera terbabit, yang merupakan sebahagian daripada misi pengaman Kesatuan Afrika, meninggalkan Somalia.

    Bagaimanapun, kekerapan dan tahap kekejaman serangan mereka di Kenya telah berkurangan sejak enam bulan kebelakangan ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda